24 September, 2024

Cara Membuat Acar Timun Sarawak

 



ACAR TIMUN SARAWAK

 

Bahan-bahan

1kg timun - potong 4-5 bergantung pada saiz timun.

(buang empulur tengah dan hiris panjang. Rendam dengan garam dan air ais- Jangan hiris terlalu nipis)

2 batang lobak merah - potong nipis dan hiris panjang

 

 

Bahan kisar

7 biji bawang merah 

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 sdm udang kering - rendam dulu

2 biji buah keras

 

(A)

1-2 sdm cili giling

1/3 sdt serbuk kunyit

 Minyak secukupnya untuk menumis

 

(B)

Garam sedikit

Gula pasir dan gula merah secukup rasa

Cuka anggaran 1 susu makan - bergantung pada cuka

1 sdm cili sos

1 biji cili merah - hiris halus (kalau suka)

 

(C)

Sedikit bijan - sangai kuning

 

Tips>>

*Timun yang telah di rendam tadi di toskan kemudian di perah menggunakan kain kasar yang bersih. Perah jangan terlalu kering ye sebab nanti ianya akan di jemur lagi.

*Tabur atas talam dan jemur selama 1-2 jam bergantung pada cuaca. (jangan jemur terlalu kering)Manakala lobak merah juga di jemur sehingga layu sahaja.

*Bila dan siap semua di jemur baru bermula sessi menumis...

 

 

Cara

1) Tumis bahan A sehingga garing dan masuk bahan kisar. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.

2) Kecilkan api dan asukkan bahan B, kacau sebati dan rasakan secukupnya.(Lebihkan manis dan ada rasa masam sedikit)

3) Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati dan biarkan ianya masak dan pekat. (kalau terlalu pekat tambah air sedikit)

4) Rasakan lagi manisnya kalau kurang manis tambah lagi gula merah sehingga cukup rasa dan tutup api. Masukkan bahan C dan kacau sebati.

 

1 ulasan:

Cara Membuat Acar Timun Sarawak

  ACAR TIMUN SARAWAK   Bahan-bahan 1kg timun -  potong 4-5 bergantung pada saiz timun. (buang empulur tengah dan hiris panjang. Rendam denga...